Dec 16, 2008

Larangan Meninggikan Sura Berzikir Dan Bacaan

Berdasarkan SJ sebelum ini, ustaz merujuk pada Surah Al-Isra' ayat 110 berkenaan dgn larangan menyaringkan bacaan zikir. Namun begitu, saya dapati larangan dalam ayat itu adalah larangan menyaringkan suara ketika dalam solat.

1) Adakah maksud larangan itu juga termasuk larangan menyaringkan suara ketika berzikir selepas solat?

2) Apakah bacaan2 atau zikir2 yg dituntut diamalkan selepas solat mengikut sunnah Rasulullah SAW.

3) Terdapat juga riwayat yg melarang meninggikan suara di dalam masjid. Namun begitu dalam keadaan seperti membaca khutbah, mengajarkan ilmu kpd org ramai dsb, suara tidak dapat tidak biasanya ditinggikan daripada biasa. Soalan ana, dalam keadaan bagaimanakah suara dibenarkan untuk ditinggikan ketika berada di dalam masjid.

4) Bagaimana pula keadaannya jika seseorang datang untuk solat fardhu, dan pada masa yg sama kuliah sedang berjalan di dalam masjid, manakah yg patut diutamakan? Adakah perlu memberi laluan utk solat fardhu? Bagaimana jika orang datang berturut-turut, tidakkah ianya akan mengganggu perjalanan kuliah?

5) Jika soalan2 ana ini termasuk di dalam kategori fiqh aula liya' , apakah kaedah untuk mendahulukan sesuatu itu lebih drpd yg lain? Apakah formula untuk itu sekiranya kedua-dua perkara yg dibandingkan sama-sama wajib atau sama-sama sunat? Apakah kaedah ukuran atau measurement yg perlu digunakan untuk mengukur mana yg patut didahulukan?

Jwb:

Kita sudah tidak dapat mengesan SJ mana satu yg anda maksudkan itu. Mengenai dalil2 tentang larangan menyaringkan suara dlm berzikir dan berdo'a: kita bawakan dalil2 yg lain bagi menguatkan nas AQ 17:110:

1. AQ 6:63 (..yang kamu berdo'a kepada-Nya dengan merendah diri dgn suara yg lembut)

2. AQ 7: 55 (berdo'alah kpd Tuhan-mu dgn merendah diri dan suara yg lembut)

3. AQ 20: 7 (dan jika kamu mengeraskan ungkapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia)

4. AQ 19: 3 (tatkala dia berdo'a dgn suara yg lembut)
Menjawab soalan anda:

1. Larangan mengeraskan suara itu termasuk bacaan dlm urusan solat, berdo'a dan ketika berzikir. Bacaan yg dianjurkan ialah bacaan yg lembut dan sederhana dan tidak menganggu orang lain, memadai didengar oleh diri sendiri atau minima orang disebelah kita sahaja (Imam Nawawi, alMajmu' 3/295; Fatawa Syaikh arRimli, 1/140; Hasyiah alQalyubi 1/143; Bada'iy assana'iy, 1/110)

2. Zikir2 yg diamalkan oleh RasuluLlah saw. Ada banyak versi, kami syorkan anda memiliki kitab2 zikir dan do'a spt alMakthurat alBanna, alAzkar oleh Imam Nawawi, Pedoman Zikir oleh Prof Hasbi Siddiqiey, Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq, Kalim Tayyib oleh Imam Ibn Taymiyah, Ziikir dan Do'a RasuluLlah oleh KM Latief Rusydie, Sifat solatun Nabi oleh Albani, Sifat Solatun Nabiy oleh Syaikh Salleh alUthaymin, Sifat solatun Nabiy oleh Salleh alJibrin, sifat solatun Nabiy oleh Syaikh Abdul Aziz Baz.

3. Mengeraskan suara dalam mesjid termasuk azan, khutbah Juma'at, ta'alim, kuliah, pengumuman itu ada contoh dari Sunnah. Manakala mengeraskan suara dalam bentuk membaca alQur'an beramai-ramai, membaca alQur'an menggunakan loudspeaker mesjid sebelum azan, berzikir beramai-ramai dgn suara keras itu tidak ada contoh dari asSunnah dan athar. Ramai fuqaha' yg menegahnya dan membid'ahnya, antaranya: Asqalani, Fathul Bari, 2/326; kitab Sunan wal Mubtadi'at, 70; al-I'tisom 1/351; Zaad alMa'ad 1/66; Koleksi Fatwa Rashid Ridha 4/1358

4. Orang yg lewat ke mesjid atau musafir yg singgah di mesjid dan solat jama'ah sudahpun habis dan mesjid sedang melakukan aktiviti spt ceramah atau kuliah agama. Dalam keadaan ini orang yg lewat dan musafir hendaklah memilih sudut atau anjung mesjid untuk bersolat dan aktiviti mesjid tidak boleh dihentikan hanya untuk melayan orang yg lewat dan musafir.

5. Fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan) memang boleh digunakan. Syaratnya seseorang yg ingin menggunakan alat ini (fiqh awlawiyat) hendaklah mengetahui sunnah dan bid'ah serta pengklasan wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Dasar ilmu fiqh Awlawiyat ini boleh didapati dalam kitab Dr Qardhawi, Fiqh Awlawiyat. WaLlahu a'alam

1 comments:

Unknown said...

apa hukum berdzikir dengan cepat-cepat dan terburu-buru???

Post a Comment