Dec 18, 2008

Bismillah Enam Dalam Rawatan Islam

Assamualaikum,

Diharap ini bukan soalan ulangan kerana saya telah mencarinya di arkib tetapi tidak memjumpainya.Adakah bismillah 6 yang selalu dibaca oleh pengamal perubatan Islam untuk mengubati orang yang terkena sihir terdapat didalam hadis? Bagaimanakah cara untuk mengamalnya sekiranya seseorang itu terkena sihir ataupun untuk mengubati orang yang terkena sihir?

Wassalam.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan intifada_72 ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Pertamanya, mungkin boleh saya tanya, bagaimanakah rupa ayat bismillah 6 ini? Bila ada kelapangan bolehlah mesejkan kepada saya. Disini saya berjumpa dengan Bismillah 5 didalam Kitab Mujarrobat[1].

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، بسم الله الشافى بسم الله الكافى بسم الله المعافى بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Dengan Nama Allah yang Menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan, dengan Nama Allah yang mengembalikan (recovered) 'Dengan Nama Allah yang tiada mudharat sesuatu diatas di bumi dan dilangit dengan NamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahui".

Do'a yang sahih datang dari Hadith Nabi saw yang bermula dengan bismillah memang banyak. Dan Insyallah, saya kira kita pun banyak mengamalkannya. Contohnya seperti do'a membuka pakaian (Riwayat Ibnu Sunni dari Anas), do'a keluar rumah (Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari Anas), doa' masuk tandas (Riwayat Bukhari & Muslim dari Anas), do'a semasa terlupa nak baca bismillah semasa makan(Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari A'isyah), doa' masuk masjid (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Nassai dari Abu Usayyad), Do'a ketika menghadapi kesukaran hidup (Riwayat Al-Khatib dari Anas), Doa berlaku kemalangan (Riwayat Ibnu Sunni dari Ali r.a), Do'a masuk pasar (Riwayat Al-Hakim dari Buraida), Do'a menyembelih binatang, Do'a sebelum berjima' (Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Abbas) dan lain-lain.

Memang terdapat beberapa do'a yang di gunakan khas bagi tujuan pengubatan atau apa yang dikenali sebagai JAMPI atau AL-RUQYAH [color="#800000" size="5"](الرقية). Biasanya ia digunakan didalam amalan harian atau pun digunakan semasa mengubat pesakit. Diantara amalan-amalan ini, memang ada diantaranya bemula dengan bismillah. Contoh do'a perlindungan dan pengubatan yang diambil dari hadith Nabi saw yang bermula dengan Bismillah ialah :

"Bersabda Nabi saw : Sesiapa ketika petang membaca :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

'Dengan Nama Allah yang tiada mudharat sesuatu diatas di bumi dan dilangit dengan NamaNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahui' sebanyak 3 kali, nescaya ia tidak akan menimpa bencana pada pagi, nescaya tak akan menimpa bencana sehingga petang." - (Riwayat Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dari Uthman r.a.)[2]

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Fatwanya yang bertajuk "Hukum sihir dan pembomohan dan cara menanggalkannya" (حكم السحر والكهانة وما يتعلق بها ), ayat ini dicadangkan sebagai amalan pagi dan petang, iaitu dibaca sebanyak 3 kali sebagaimana didalam Hadith.

Satu lagi do'a yang selalui digunakan ialah do'a Malaikat Jibril ketika merawat Nabi saw dengan ruqyahnya :

بسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك ، ومن شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك ، بسم الله أرقيك

"Dengan Nama Allah saya melakukan Ruqyah untuk kamu, dari segala perkara yang menggangu kamu, dari segala kejahatan nafs atau mata-mata yang dengki semoga Allah menyembuhkan kamu, Dengan Nama Allah, aku lakukan Ruqyah kepada kamu"

Menurut Bin Baaz, do'a ini dibaca sebanyak 3 kali dihadapan pesakit dan diikuti oleh bacaan surah "Qul Huwa Allaah Ahad" dan al-Mi’wadhatayn.

Bagaimana kaedah membacanya?

Ada dua kaedah membaca do'a ini.

1. Menjadi amalan yang dilakukan selepas solat
2. Dibaca di hadapan orang yang dirasuk/pesakit, keatas Air atau minyak.

Bagi cara no:2 ini, Sheikh Bin Baaz berkata :

ومن ذلك أن يقرأ ما ذكرناه في ماء ويشرب منه المسحور ، ويغتسل بباقيه مرة أو أكثر حسب الحاجة ، فإنه يزول بإذن الله تعالى ، وقد ذكر هذا العلماء رحمهم الله ، كما ذكر ذلك الشيخ عبد الرحمن بن حسن رحمه الله في كتاب : ( فتح المجيد شرح كتاب التوحيد ) في ( باب ما جاء في النشرة ) وذكره غيره.

"Dia boleh membaca ayat-ayat ini diatas air, sebahagiannya boleh diminum oleh pesakit yag terkena sihir, dan ia menggunakan airnya selebihnya untuk membasuh, satu atau beberapa kali yang diperlukan. Ini akan membuang sihir tersebut dengan izin Allah. Ini telah dinyatakan oleh ulama'-ulama', Sheikh Abdul Rahman bin Hasan didalam Fath Al-Majeed Sharh Kitaab al-Tawheed didalam Bab Ma jaa;a fi'l-Nushrah, dan lain-lain. "

Menurut Bin Baaz kaedah yang paling baik ialah membacakan ayat tersebut kepada pesakit dan meniupkan keatasnya.

Bagaimana pula dengan Bismillah 6 atau 5?

Memang tidak dapat dinafikan, jampi/do'a/Ruqyah yang biasa digunakan seperti Bismillah 5 sebahagiannya mengandungi do'a yang terkandung didalam Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dari Uthman r.a. yang saya sebutkan diatas. Walaubagaimana pun, syarat Ruqyah didalam Islam agak simple, seperti juga do'a.

{وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم : ( لا بأس بالرقي ما لم تكن شركاً ) .}

Telah bersabda Nabi saw "Tidak mengapa melakukan ruqyah, asalkan tidak mengandungi syirik".

Mana-mana ayat yang menyebut nama Allah swt, dan tidak mengandungi unsur-unsur syirik, boleh digunakan sebagai bacaan ruqyah.

----------
Kesimpulannya, memang terdapat beberapa ayat-ayat yang bermula dengan Bismillah yang digunakan bagi tujuan perlindungan dan juga rawatan terkena sihir. Walaubagaimana pun, apa-apa ayat yang tidak mengandungi unsur syrik dan memohon kepada kesembuhan dari Allah, adalah dibolehkan (walaupun bukan dari hadith Nabi saw) termasuklah pelbagai jenis bacaan Bismillah. Untuk maklumat umum, fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz ini meliputi amalan-amalan yang dapat menghindari kita daripada bencana sihir dan juga cara-cara melakukan rawatan terhadap orang terkena sihir.

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1] Mujarrobat : Madiinatul Asroor - II. . Jakarta : M.A. Jaya, 1980. ms 162.

2] Zainal Abidin Zuhro. Zikir dan do'a : berpandukan Al-Quran dan hadis. (cetakan ke 2). Kuala Lumpur : Pustaka Antara, 1990.

3] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz. Majmu Fataawa Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz - II. Riyad : Dar Al-Watan, 1997. ms 645 - 661.

------------------

0 comments:

Post a Comment