Jan 19, 2009

Hadis Barisan Di Padang Mahsyar

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai R a sullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:1Cool

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya.

Lalu Baginda menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.

Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:
(keseluruhan text http://warmfuzzy.wordpress.com/2006/07/20/barisan-di-padang-mahsyar/#comment-148)

minta ustaz komen tentang kesahihan hadis ini.. syukran

*****************
Hadith seperti yang dinyatakan tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadith yang masyhur. Realiti ini sudah cukup sebenarnya untuk membuktikan riwayat tersebut ada masalah. Jika tidak masakan para ashab sunan dan pengumpul hadith yang sekian ramai boleh meningalkan dari memuatkannya dalam kitab mereka?

Namun terdapat satu riwayat yang berhampiran iaitu dengan menyebut 10 barisan (bukan 12). Ia diriwayatkan dalam Tafsir al-Qurtubi, namun beliau menggunakan bentuk tamridh (ada kecacatan) iaitu dengan lafaz: رُوِيَ(diriwayatkan) bukan رَوَى (meriwayatkan). Menurut amalan ulama hadith penggunaan seperti itu bagi menunjukkan ia tidak pasti dari Nabi S.A.W. Dalam erti kata lain, para ulama menggunakannya untuk hadith-hadith yang tidak sahih.

Wallahu a'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris, IQ

0 comments:

Post a Comment