Jan 18, 2009

Ayat-ayat Quran Untuk Amalan

Assalamualaikum,

Boleh saya dapat pandangan,dalil-dalil,nas-nas hadith yang sahih tentang penggunaan surah-surah tertentu untuk kesejahteraan hidup contoh membaca surah al insyirah al qadar dalam bilangan tertentu dapat menolong dalam pencarian rezeki dan kesusahan.t.kasih

******************
Assalamualaikum.

1. Perlu diketahui bahawasanya membaca Al-Quran adalah sebahagian daripada bentuk berzikir kepada Allah. Berzikir itu pula mendatangkan ketenangan hati, sebagaimana firman-Nya dalam surah Ar-Ra'd ayat 28.

2. Semua ayat Al-Quran adalah sama darjatnya, ia adalah kalam Allah. Membacanya adalah ibadah. Ibadah pula mesti berasaskan dalil.

3. Ada beberapa surah dan ayat Al-Quran yang jelas disebut dalam hadith-hadith yang sahih sebagai mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu seperti surah Al-Fatihah, Al-Kahfi, ayatul Kursiy dan sebagainya. Namun kebanyakan fadhilat surah dan ayat yang masyhur disebarkan dalam masyarakat tidak datang dengan hadith yang sahih, jadi tidak boleh berpegang dengannya.

4. Ada beberapa ayat yang didapati mujarab untuk masalah-masalah tertentu seperti kerasukan dan gangguan jin. Ini tidak datang dengan nas, sebaliknya cuma berdasarkan pengalaman para pengamalnya. Barangkali mujarab untuk sebahagian orang, tetapi tidak untuk orang lain.

Oleh kerana membaca Al-Quran adalah ibadah, maka menetapkan suatu bentuk amalan membaca Al-Quran dengan bilangan tertentu dan kepercayaan tertentu mestilah disokong oleh dalil. Justeru saya menasihatkan saudara supaya meninggalkan amalan tanpa dalil dan kembali kepada apa yang warid dalam nas.

Wallahu a'lam

Ustaz Rashid IQ

0 comments:

Post a Comment