Dec 15, 2008

Puasa di bulan Zulhijjah

Salam

Boleh beri status hadis ini:-

Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: [1] Puasa hari Asyura, [2] Puasa 1-8 zulhijjah, [3] 3 hari tiap bulan dan [4] dua rakaat sebelum fajar. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai).

Sekian. Wassalam

****************
ibnuhazam

Bismillahirrahmanirrahim..

Terjemahan yang di sebut di atas tidak tepat ialah puasa 1-8 sedangkan di dalam matan tersebut jelas puasa di dalam 10 zulhijjah (yang menjadi khilaf di kalangan ulama).

Matan hadithnya seperti berikut:

أَرْبَعٌ لَمْ يَكُنْ يَدَعُهُنَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامَ عَاشُورَاءَ وَالْعَشْرَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْغَدَاةِ

Hadith yang terdapat di dalam Sunan Nasaie dan Musnad Ahmad [5/271] adalah sama seperti makna yang disebut di dalam hadith di atas. [Sunan Nasaie 4/205]

Manakala, di dalam riwayat Abu Dawud pula dua rakaat sebelum fajar di ganti dengan lafaz "puasa pada isnin dan khamis". Sanad pada riwayat Abu Daud adalah sahih kecuali terdapat perselisihan pada Hunaidah di sekitar periwayatan hadith. Dan terdapat permasalahan Abi Ishak AlAsja'i.

Perbahasan tentang status hadith ini pernah di buat kajian oleh Dr. Umar bin Abdullah AlMuqbil bahawa kedua riwayat samada dari Nasaie dan Abu Daud adalah DHOIF.

Antara yang mendhoifkan ialah;
1- Ibn Rajab di dalam kitabnya "latoif alma'arif' ms 459 dan fathul bari syarahnya jilid 9/16 dan 17

2. Ibn Hajar di dalam fathul bari jilid 2/534.

Jawapan Dr. Umar secara panjang lebar di http://islamtoday.net/questions/show_articles_content.cfm?id=24&catid=183&artid=8379

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment