Jan 13, 2009

Umur Aisyah

hanya pendapat...mengapa tidak mahu sebarkan mengenai umur sebenar nabi kahwin dgn siti khadijah dgn umur nabi kawin dgn aisyah...d surat khabar atau media tv ke. nabi kawin dgn siti khadijah umur sama iaitu 25 tahun, manakala nabi kahwin dgn aisyah pula masa umurnya 16 dan menetap dgn aisyah semasa 19thn.. kalau silap fakta tolong betulkan.. saya lihat fakta ini d darulkautsar bahagian pemurniaan sejarah..hanya cadangan
-----

al-Jawab:

Kita tidak boleh menyibarkan sesuatu maklumat baru sehingga ia telah melalui siri perbahasan ulama' mujtahidin untuk membuka semula kitab hadith dan sejarah. Ini kerana hadith dan sejarah lama adalah sesuatu yang sudah didokumen dan untuk merubahnya memerlukan suatu qarar (keputusan) yang majoriti.

Setakat ini kitab2 hadith yg sahih dan kitab2 seerah yang autentik masih mengekalkan umur Khadija bte Khuwaylid ra jauh lebih tua dari Nabi saw dan umur 'Aisyah ra adalah sebaliknya, yakni jauh lebih muda dari Nabi saw ketika mereka dinikahi oleh Nabi saw.

Penyeleras Jabatan Hadith AAN kami sudah memiliki buku2 terbaru dari benua arab yang menyanggah kajian-kajian yang dilapurkan oleh Darul Kautsar yang dikatakan berasal dari research dari India dan Pakistan.

Alangkah baiknya kita tunggu dan lihat apa yang akan dirumuskan oleh Jabatan Hadith AAN berhubung isu umur Aisyah dan Khadeeja. Setakat yang saya dapat gambaran awal, jabatan Hadith AAN masih mempertahankan apa yang sedia ada dalam kitab hadith dan sejarah, yakni lapuran umur Khadijah dan Aisyah adalah seperti mana yang dilapurkan oleh ulama' mutaqaddimin (ulama' di era klasik)

WA

7 comments:

nur_ariff said...

"Kita tidak boleh menyibarkan sesuatu maklumat baru sehingga ia telah melalui siri perbahasan ulama'mujtahidin untuk membuka semula kitab hadith dan sejarah" saya tidak faham apa maksud baru yang awak maksudkan.. Hadith juga bermaksud baru, apakah jika ada sesuatu hadith yang diperselisihkan kedoifannya maka ia tidak boleh disibarkan meskipun dinyatakn oleh penyampai hadith bahawa hadith ini diperselisihkan tentang kedoifannya.. jika sesuatu ilmu yang dilihat bermanafaat utk dilihat, ditarjih semula kerana sebab yang munasabah seperti menyucikan peribadi nabi s.a.w dan islam tidak boleh dibincangkan,disampaikan kepada yang ahli, berkelayakan itu dilarang terus.

aizuddin said...

Bukan hadis baru yang ditemui, hadis masih hadis yang sama, maksudnya penemuan maklumat terbaru untuk lebih melengkapkan tafsiran hadis yang sedia ada. Penemuan terbaru itu belum lagi boleh kita gunapakai sebelum diperbahaskan dan dipersetujui oleh ulamak muktabar.

Tiada kaitan dengan hadis dhaif, hadis dhaif selamanya tidak boleh dijadikan hujah kecuali beberapa kelonggaran yang dipersetujui ulamak menggunakan hadis dhaif yang tidak bercanggah dengan syariat.

nur_ariff said...
This comment has been removed by the author.
nur_ariff said...

Imam Bukhari adalah seorang yang bukan berbangsa Arab, malah jika diteliti dari segi tempat lahir akan keenam-enam Imam penyusun Kutub al-Sittah akan didapati mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, kecuali Imam Muslim yang mempunyai asal-usul talian dengan bangsa Quraish Arab. Tetapi secara ringkasnya, mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, dan ini semua memberikan petanda kepada kita bahawa Agama Islam ini dipelihara oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk sesiapa sahaja samada Arab atau tidak untuk mendalami dan menguasai bidang hadis,asal mempunyai minat dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Apakah Kajian Mengenai Sesuatu Isu Agama hanya boleh dibuat oleh Ulama dari Benua Arab Sahaja??

aizuddin said...

Kita tidak taksub dengan Arab Saudi, kebetulan individu yang menjawab merujuk kepada fatwa Lajnah Daaimah fatwa Arab Saudi. Ulamak dunia hari ini banyak merujuk kepada hasil kajian 4 mazhab Sheikh Wahbah al Zuhli, beliau dari Jordan, juga Sheikh Yusuf al Qaradhawy dari Mesir yang juga bekecuali mengenai mazhab. Kerana tidak terikat dengan satu mazhab, jawapan semestinya merujuk kepada banyak sumber...

Panel Fiqh yang dipetik jawapannya juga ramai yang menuntut ilmu hadis di Pakistan dan di India.

Yang penting isinya bukan dari mana sumber rujukan di teliti, yang penting sumber rujukan dari al Quran dan al hadis?

Malangnya di Malaysia belum ada ulamak besar yang tulisannya menjadi sumber rujukan dunia Islam...

aizuddin said...

ruang untuk berbincang dalam blog ini sangat terhad.

untuk berbincang dan meluahkan pendapat lebih luas dan lebih terbuka tuan adalah dijemput menyertai
al ahkam atau di http://al-ahkam.net/forum09/index.php
alfikrah di http://al-fikrah.net/Forums.html

kerana kebanyakan pertanyaan dan jawapan di petik dari al ahkam dan al fikrah. Boleh berbincang dengan lebih selesa mengapa sebahagian pihak di Malaysia tidak berapa senang rujukan yang dipetik dari Ulamak Arab Saudi...

nur_ariff said...

Terima Kasih, atas jawapan yang lebih jernih

Post a Comment