Salam
Maafkan saya bertanya tentang bahasa Arab..
Apakah perbezaan diantara "ridhaa" dengan "ridhaa-a(ada hamzah selepas alif)"
teks penuh = "SubhahnalLah Wabihamdih 'adada khalqih, waridhaa-a nafsih, wazinata 'arsyih, wamidaa da kalimaatih"
Terdapat dua versi dari dua buku.
Wassalam :
Salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Usul perkataan RIDHA, Fi'il Madhi dan Mudhari'-nya ialah:
رضى يرضى
Isim Masdarnya ialah:
رضا ورضا ورضوانا ورضوانا ومرضاة
Menurut Satu pendapat, isim masdarnya boleh juga:
رضاء
Menurut Mukhtarus Shihah ia diriwayatkan dari al-Akhfasy. Iaitu dengan dibaca MAMDUD (terdapat hamzah selepas alif). Seolah-olah ia adalah isim mashdar dari wazan:
فاعل يفاعل
راضى يراضي
Di mana mashdarnya ialah:
مفاعلة وفعالا
مراضاة ورضاء
--------------
Kesimpulan:
Tidak ada perbezaan dari sudut makna samada ridha atau ridhaa'. Perbezaan hanyalah dari sudut tertentu dalam pembahasan ilmu Sorof.
Wallahu A'lam.
Dec 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment