Dec 18, 2008

Ayat Qluran Dalam Pendrive

Q4. Apakah hukumnya menghantar surat atau dokumen yang mengandungi di dalamnya kalimah-kalimah agama seperti ayat-ayat al-quran dan sebagainya kerana dikhuatiri ia akan dipijak dan dilempar sebarangan oleh kakitangan pos?

Q5. Saya mempunyai sebuah USB drive atau Handydrive dan didalamnya saya simpan fail-fail komputer seperti bacaan surah dan fail-fail berunsur keagamaan disamping dokumen-dokumen lain untuk kegunaan harian. Bolehkah saya membawa USB drive tersebut ke dalam tandas ketika ingin membuang air atau ke tempat-tempat lain yang tidak baik?Adakah berdosa jika saya berbuat demikian?

terima kasih...

4. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya ingin menulis kalimah Bismillah di awal surat/dokumen krn Nabi SAW juga menulis 'Bismillah' di awal semua surat baginda. Walaubagiamanapun, kalimah dari al-Quran mesti juga dipelihara dgr betul agar tidak dilakukan sebarangan. Oleh yg demikian, pada pandangan saya, melihat realiti sistem pos skrang, adalah tidak wajar kiranya kita menulis ayat2 al-Quran. Ini adalah semata2 krn memelihara kesucian ayat al-Quran itu berbeza pada zaman Rasulullah saw dahuluyg mana surat2 baginda dibawa sendiri oleh sahabat dgn baik dan diserahkan secara peribadi kpd si penerima. Allah berfirman:

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati. (QS. 22:32)

Teruskan pembacaan sdr ke URL berikut: SJ – 2700 : KALIMAH SUCI BERCAMPUR DENGAN TULISAN SELAINNYA

Rujukan

Islamic Rulings Regarding The Quran
Fatawa al-Lajnah al-Da'imah

5. Menurut pendapat Dr wahbah, menyentuh cakera (CD) atau kaset al-Quran tidak perlu berwuduk. Kerana tidak ada huruf pada CD atau kaset berkenaan. Samalah juga dgn HD/USB drive. Kerana yg diharamkan ialah menyentuh huruf2 al-Quran.SJ706: al quran . berwudhu atau tidak?

Bersambung dgn soalan 3.(mungkin THTL boleh sambung). Sekian. WA.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment