Dec 20, 2008

Fadhilat Haji Serta Umrah

Haji serta Umrah
Satu umrah ke Umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali Jannah.(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Asbihani)

persoalannya adakah ianya juga melibatkan pengampunan atas kesalahan dosa besar?

kedua adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih syeikh thtl. Kami (atau kamin) akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyaallah.

Ada dua pandangan ulama' yang dapat kami kutipkan disini (mungkin lebih dari ini):-

a. al-Haafiz Ibn Hajar rh mengatakan bahawa hadith-hadith Umrah dan Haji (yang merujuk kepada kafarah dosa) jelas menunjukkan Allah swt mengampunkan dosa-dosa besar dan kecil. Ini juga merupakan pandangan al-Qurthubi dan al-Qaadi 'Iyaad.

b. Imam al-Tirmudzi rh menyatakan bahawa ia hanya menghapuskan dosa-dosa yang melibatkan Allah swt, dan tidak termasuk dosa-dosa yang melibatkan manusia. Ini juga merupakan pandangan al-Manaawi didalam Fayd al-Qadir.

Komentar Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ظاهر الحديث أن الحج يكفر الكبائر ، وليس لنا أن نعدو الظاهر إلا بدليل ، وقال بعض العلماء : إذا كانت الصلوات الخمس لا تُكَفِّر إلا إذا اجْتُنِبَت الكبائر وهي أعظم من الحج وأحب إلى الله ، فالحج من باب أولى ، لكن نقول : هذا ظاهر الحديث ، ولله تعالى في حكمه شئون ، والثواب ليس فيه قياس
"Zahir maksud hadith ini ialah Haji menghapuskan dosa-dosa besar, dan kita tidak boleh menentang maksud zahir ini melainkan dengan membawa dalil. Ada beberapa orang dikalangan ulama' mengatakan : Jika solat 5 waktu tidak boleh menghapuskan dosa apa-apa melainkan seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar, dan perkara ini (solat) lebih mustahak dan disukai Allah berbanding dengan Haji, maka Haji jatuh kepada bab yang awal (ertinya : Haji tidak dapat menghapuskan apa-apa dosa melainkan seseorang tidak melakukan dosa besar). Akan tetapi kami mengatakan : Inilah maksud zahir hadith (menghapuskan dosa besar & kecil), demi Allah yang Amat Berhikmah dengan apa yang dia lakukan, dan kita tidak boleh menggunakan qias membincangkan balasan/ganjaran Allah" (Fataawa Ibn Utsaimin, 21/40.)

Kesimpulannya : sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh, kita terima makna zahir hadith yang mengatakan bahawa Allah swt mengampun dosa2 seseorang; tidak kira dosa besar atau kecil, dan apa-apa tafsiran yang lain memerlukan nas yang sahih untuk membuktikan sebaliknya.

Soalan kedua : adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?

Sebagaimana kenyataan Ibn Utsaimin didalam isu diatas, hak Allah yang menentukan sesuatu ganjaran dan balasan hambaNya yang beramal. Ia tidak boleh di qiaskan dengan apa-apa kelakuan, peristiwa, pandangan dsb. Ganjaran dan balasan merupakan perkara ghaib. Menentukan Haji itu Mabrur (di terima) atau Matruk (di tolak), hanyalah hak Allah swt. Sebagai hamba Allah, kewajipan kita adalah melakukan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebagaimana didalam firmannya :-

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَاب
"Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." [al-Baqarah : 197]

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment