Dec 25, 2008

Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20070605001522/Article/

adakah hadis ni sahih?
sbb pernah terdgr dari muhaddisin malizia kata itu bukan hadis.
benarkah?

syukran.

-------------
al-Jawab:

Matannya berbunyi, "Berniagalah kamu kerana
sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."

Hadith ini mursal sebagaimana disebut oleh Al Iraaqi dalam takhrij
Ihyaa' 2/79

Maka Al Albani juga melabelkan hadith ini sebagai dha'eef dalam
silsilah no 3402 dan dha'eef al jaami' no. 2434. sekian

7 comments:

Amirah sakinah said...

maksudnya?? kita x blh percaya hadis ni ke??

Anonymous said...

Kita x boleh menjadikannya sebagai hujah sbb dia bkn hadis sahih. Perawinya tabii,sempat bertemu sahabat tapi x sempat bertemu rasulullah. Boleh nak amalkan sikap berniaga bersandarkan perbuatan trsebut sunnah nabi,tp bkn atas sebab dalil Ni. Itu pendapat sayalah

Unknown said...

Daif tu maksudnya lemah.. Hadis ni lemah tapi x bermakna kita tak patut mencontohi bahkan 10 orang para sahabat yg di janjikan syurga 7 orang daripada mereka ialah ahli perniagaan. isteri baginda nabi siti khadijah juga seorang ahli perniagaan..Bginda nabi sendiri ahli perniagaan jadi berniagalah sebb inipun merupakan sunnah nabi..

Unknown said...

Daif tu maksudnya lemah.. Hadis ni lemah tapi x bermakna kita tak patut mencontohi bahkan 10 orang para sahabat yg di janjikan syurga 7 orang daripada mereka ialah ahli perniagaan. isteri baginda nabi siti khadijah juga seorang ahli perniagaan..Bginda nabi sendiri ahli perniagaan jadi berniagalah sebb inipun merupakan sunnah nabi..

Unknown said...

Niaga itu baik tapi membenarkan itu adalah hadis Nabi adalah salah. Jgn menyampaikan@meneruskan hadis yg tak sahih. Wallahualam.

Zulkilfigc77 said...

Buatlah perkara baik..

Unknown said...

Yg sya paham Hadis doif ni tidak boleh dijadikan hujah. Mesti di nyatakan ianya hadis doif. Tetapi hadis ini tidak pun melibatkan soal akidah dan ibadah. Jadi boleh lah di amalkan

Post a Comment