Dec 15, 2008

Hadis mengenai berbekam?

Salam

Adakah terdapat hadis yang sahih mengenai berbekam? Dan saya ada mendengar hadis Nabi SAW menetapkan berbekam pada hari-hari tertentu dan melarang pada hari tertentu. Adakah ini benar?

Terima kasih.

**************
alitantawi


وعليكم السلام

Sekadar pencarian:

1- Sememangnya persoalan ‘bekam’ telah ada disebut oleh Rasulullah SAW sebagaimana termaktub dalam beberapa hadith yang sahih. Terdapat hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam. Baginda SAW juga mencadangkan agar umat Islam berbekam sebagai salah satu cara menyembuhkan penyakit. Hadith-hadith sahih ini terdapat dalam buku-buku hadith utama seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain lagi.

2- Penetapan tarikh untuk berbekam atau larangan daripada berbekam pada waktu tertentu memang ada dalam beberapa hadith tetapi ia telah dinilai dhaif oleh ulama hadith terdahulu seperti al-Tirmidzi dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, terdapat sebahagian ulama masa kini yang menilainya sebagai sahih, wallahu a’lam.

3- Beberapa adat yang diamalkan dalam berbekam (ia berlainan antara negara dan bangsa) adalah perkara yang tidak salah untuk dilakukan selagi mana ia tidak dianggap sebagai satu perkara yang disuruh oleh agama.

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment