Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah umi ingin nak tahu akan sanad hadis berikut -
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang melantik seseorang dari puaknya/kumpulannya (taksub) sedangkan ada dikalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah daripadanya, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.
Umi dahului dengan Jzkllah.
Wassalamu'alaikum wrt wbt
*************************
alitantawi
Hadith ini setakat pencarian saya..:
1- Ia tidak diriwayatkan dalam buku2 hadith utama seperti al-Bukhari, Muslim dan buku2 utama lain. ia ada dalam beberapa buku seperti Mustadrak al-Hakim, Sunan al-Baihaqi dan lain2 lagi.
2- ia adalah hadith yang didhaifkan oleh begitu ramai ulama sejak dahulu hingga kini seperti - Ibn 'Adi, al-Mundziri, Ibn Hajar, al-Albani dan lain-lain lagi disebabkan jalan periwayatannya mengandungi periwayat yang dinilai dhaif. Walaupun al-Hakim menilainya sebagai sahih, para ulama lain sebelum beliau dan selepasnya dengan hujah yang lebih kukuh telah menilai hadith ini sebagai dhaif.
3- namun begitu maksudnya sememangnya tidak pelik kerana Al-Quran dan hadith sahih menganjurkan agar memilih pemimpin berdasarkan kelayakan dan bukan kerana sebab2 lain.
wallahu a'lam
Dec 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment