Dec 16, 2008

Nabi Isa as Akan Turun Membunuh Babi

Apakah status hadith yang mengatakan Nabi Isa AS akan membunuh semua babi di dunia ini sebelum Qiamat? Sekiranya ia sahih, bolehkah ustaz kemukakan hujah-hujah supaya kita dapat menerima dan beriman dengannya sepenuh yakin.

Jawab:
Status hadis mengenai Nabi Isa dan alMahdi adalah mutawatir (jalan riwayat yg banyak) sehingga tidak ada ruang untk dinafikan. (Imam alQadhi alHafeedz asySyawkani, atTaudhihi Tawatur ma Ja'a fil Muntadzar wa Dajjal wal Masih; alHafedz Ibn Katheer, 'Alamat asSa'ah; Imam asySyuyuti, Nuzulu 'Isa Ibn Maryam Akhiraz Zaman)
Dalam matan-matan (teks hadis) hadis sahih itu terdapat senarai tugas Isa AS, antaranya mentadbir dgn adil, membunuh Dajjal, memecahkan salib (cross) dan membunuh babi (bukan semua babi). Tidak perlu ditakweel bagaimana Isa membunuh babi, apakah semua babi? atau sebahagian sahaja, hal ini tidak diulas oleh kitab2 tersebut. Tugas sebenar Isa AS ialah membentuk kerajaan yg adil di akhir zaman, memberi peluang terakhir kpd manusia untuk kembali kpd Islam sebelum alam ini dimusnahkan. WA

0 comments:

Post a Comment