Dec 18, 2008

Penggeredan Hadis Qudsi

Pertama : Saya mengetahui yang taraf sesuatu hadith itu sebagai sahih, mutawatir dan maudhu' dibuat oleh para imam seperti Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan sebagainya. Bagaimana pula dengan `Qudsi'? Adakah pengiktirafan taraf sesuatu hadith sebagai `Qudsi' itu dibuat oleh Rasulullah(saw) sendiri? Maksud saya, adakah Rasulullah(saw) sendiri memberitahu sahabat beliau yang sesuatu hadith itu Qudsi atau tidak.
Kedua : Adakah kesemua hadith dari Abu Hurairah dianggap sahih oleh Bukhari dan Muslim? Kenapakah sahabat seperti Umar dan Abu Bakr tidak banyak meriwayatkan hadith? Terdapatkah kemungkinan hadith-hadith yang tidak diriwayatkan?

Jawab:

1. Hadis Qudsi atau hadis Ilahi atau Hadis Suci digredkan sama seperti sistem penggredan Hadis Nabawi. Hadis Qudsi ini ialah maknanya dari Allah SWT tapi lafaznya dari Nabi SAW. ia ada dalam lingkungan 100 buah hadis Qudsi shj. Ia bertaburan dalam kitab2 hadis yg sedia ada. Hadis Qudsi itu dikenali pada matannya: Nabi saw bersabda: Allah azzawajalla berfirman:..."

2 a) hadis Abu Hurairah ra juga berstatus sahih, hasan, dan dha'ef bergantung pada rantaian sanadnya (chain of narrators),
Jadi mana-mana hadis dari AH yg berada dalam Syahihain itu pastilah sahihnya.

2 b) Abu Bakar ra dan Umar ra memang kurang meriwayatkan hadis. Ini memang benar sedangkan Abu Hurairah yg jauh lebih junior banyak meriwayatkan hadis. Ini kerana sahabat2 besar terkenal dgn wara' dan taqwanya dan mereka berpegang dgn amaran Nabi saw," sesiapa yg menulis dari aku selain alQur'an hendaklah dihapuskan" (Syarah sahih Muslim, 18/129) Jika Abu Hurairah ra menyumbang dgn hadis2nya, Dua Khalifah unggul itu menyumbang dgn jiwaraganya.

2 c) kemungkinan terdapat hadis2 yg belum diriwayatkan?
Kenapa tidak. Tapi pokoknya dasar agama semuanya sudah disampaikan melalui alQur'an. Dalil: AQ 5: 3

(Ruj: alQasimi, Qawaid atTahdith/72; A'zami, Dirasah fil alHadith anNabawi/96) WA

0 comments:

Post a Comment