Dec 20, 2008

Penjaga Huruf Al Quran

Salam

nak tanya, adakah nas2 yg sahih yg menyatakan bhw setiap huruf dlm al-quran ada khasiat nya, dan ada 'penjaga'/penunggu nya?

jkk.


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri MissCadbury dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyaallah.

Banyak sekali hadith-hadith palsu yang di reka-reka menceritakan tentang Khasiat-khasiat huruf, kombinasi beberapa huruf atau surah-surah tertentu didalam al-Quran. Ada juga yang mendakwa bahawa setiap huruf itu ada penjaga-penjaganya yang khusus. Kenyataan ini semua tidak mempunyai asas melainkan ia didasarkan kepada nas-nas yang sahih.

Jelas didalam al-Quran sendiri bahawa Allah swt sendiri yang akan menjaganya dan bukannya 'jin' atau makluk halus tertentu. Firman Allah swt :-

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [Surah al-Hijr : 9]

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ. فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ.
"Sungguh, Kamilah yang akan mengumpulkannya (ayat-ayat Al Qur'an) dan membacakannya, maka apabila telah Kami bacakan ikutilah pembacaannya, kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya." [Al Qiyamah: 17,18, 19]

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
"Tidak disentuh oleh kebatilan dari depan ataupun dari belakang (secara terang-terangan ataupun secara samar-samar). Ia (Al Qur'an) diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji." [Fushshilat: 42]

Apakah ayat-ayat al-Quran ini mempunyai khasiat tertentu? Pada umumnya memanglah al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai PETUNJUK bagi kita menjalani penghidupan seharian. Penyelesaian-penyelesaian kepada permasalahan manusia yang berdasarkan al-Quran merupakan satu khasiat yang besar, tanpanya manusia-manusia akan menjadi makluk-makluk yang sesat, bahkan lebih sesat dari binatang ternakan. al-Quran sebagai petunjuk orang Islam merupakna khasiat sebenar al-Quran!

Huruf-huruf al-Quran juga mempunyai khasiat spitirual jika dibaca...Setiap huruf didalam al-Quran yang dibaca, Allah swt akan memberi ganjaran pahala kepada seseorang itu, iaitu kepada mereka yang benar-benar ikhlas didalam agamanya. Sabda nabi saw :-

من قرأ حرفاً من القرآن فله به حسنة ، والحسنة بعشر أمثالها
"Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran maka keatasnya satu kebajikan (hasanah), dan ahsanah ini akan digandakan 10" [Hadith Riwayatal-Tirmudzi dan dl-Daarimi dengan Isnad Sahih].

Inilah manhaj kita Ahli Sunnah wal Jamaah jika ditanyakan tentang perkara ini. Siapa yang menjaga al-Quran? Jawab : Allah sendiri, sebagaimana didalam surah al-Hijr ayat 9. Apakah setiap huruf al-Quran ada khasiat? Jawab : Ada, barangsiapa yang membacanya, Allah akan memberi ganjaran pada setiap 1 huruf. WA

wassalam

0 comments:

Post a Comment