Jan 13, 2009

Ayat Quran Dalam Kad Kahwin

salam

saya perlukan jawapan dgn kadar secepat mungkin kerana hendak cetak kad kahwin hujung minggu ni.

boleh tak tulis ayat quran yg sesuai dgn majlis kahwin dalam kad kahwin???

jika tidak boleh , boleh tak saya tulis terjemahannya shj?
-----


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Pernah diajukan soalan kepada Syeikh Bin Baz:

Soalan: Adakah harus menulis Bismillah pada kad jemputan kahwin, memandangkan ia kadang-kadang dibuang di jalanan atau dalam tempat buangan sampah?

Jawapan: Menulis Bismillah pada kad-kad tersebut atau lain-lain seperti surat, adalah suatu yang masyruk (digalakkan). Kerana baginda SAW memulakan surat-surat baginda dengan Bismillah. Dan tidak harus bagi sesiapa yang menerima kad yang terdapat nama Allah atau ayat Quran membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah atau tempat yang tidak dihormati.

Kata beliau lagi: Jika berlaku yang demikian, maka dosanya ke atas pelaku (yang membuangnya). Adapun orang yang menulisnya, dia tidak berdosa.

rujukan:
- Fatawa Islamiyyah (hlmn: 507)

0 comments:

Post a Comment