Jan 16, 2009

Hadis 7 Tempat Dilarang Solat

apakah status hadith yg mngatakan ada 7 tempat yg dilarang mlakukan solat?adakah ianya maudu'?dan kenapa sekiranya hdth itu tak sah ia masih dijadikan hujah dalam byk tulisan2 di kedai2 buku?ianya adalah satu pmbohongan keatas nabi saw...
minta pandangan....

*********************
Salam

Hadis yg dimaksudkan ialah:

وعن زيد بن جبيرة عن داود بن حصين عن نافع عن ابن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى أن يصلى في سبعة مواطن في المزبلة، والمجزرة، والمقبرة، وقارعة الطريق، وفي الحمام، وفي أعطان الإبل، وفوق ظهر بيت الله .

Maksudnya: Drpd Ibn Umar ra katanya bhw Rasulullah saw melarang solat pada 7 tempat iaitu: pada tempat buangan sampah, tempat menyembelih, perkuburan, ditgh jalan, dalam bilik mandi, di kandang unta dan di atas Baitullah."[HR Tirmidzi dan Ibn Majah]

Statusnya:
( ضعيف _ سنن ابن ماجة 746 " ضعيف سنن ابن ماجة 161 نحوه ،
إرواء الغليل 287

Ringkasnya, al-Albani mengatakannya dhaif spt juga diakui oleh Imam Tirmidzi.

Wassalam
_________________
Salam

Jazakallah khair kpd Ustaz G@y@T.

Hadith itu dhaif kerana sanadnya. sungguhpun hadith ini dhaif ttp larangan tempat2 sebegitu masih lagi dipegang (bukan kerana hadith ini) kerana tempat2 yg bernajis dilarang mengerjakan solat.

namun demikian di sana ada beberapa hadith sahih tentang tempat2 yg dilarang bersolat. antaranya:

Aishah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah S.W.T melaknat yahudi dan nasrani (kerana) mereka menjadikan kubur para nabi sbg masjid.” (Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad dan An-nasa’ie).

Ahmad dan Muslim meriwayatkan dari Abu MArthad Al-Ghanawi bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Jgnlah kamu bersolat menghadap kubur dan jgn kamu duduk di atasnya.

wallahu taala a'lam.

0 comments:

Post a Comment