Jan 21, 2009

Siapa Sebenarnya Ahlil Kitab

Salam,

Seperti yg ana fahami, ahli kitab bermaksud golongan yang diberikan kitab, iaitu Yahudi dan Nasrani (Kristian). Di dalam AQ juga sering mention tentang mereka. Bahkan, mereka ini mandapat keistimewaan berbanding kaum musyrik yg lain dlm beberapa hukum hakam seperti sembelihan dan perkahwinan.

Persoalannya,
1. Adakah ahli kitab ini bermaksud mereka yang berpegang kepada ajaran asal nabi isa dan musa?

2. Wujudkah ahli kitab yg 'ori' pada zaman rasulullah?
Ada yang megatakan Waraqah bin Naufal merupaka seorang yang berpegang kepada ajaran asal nabi isa. sedangkan ada cerita (tidak pasti kesahihan) mengatakan dia adalah seorang penterjemah injil dari hebrew (atau greek-tidak pasti) kepada arab. maka, kitab injil version apakah yg diterjemah sedangkan kitab injil dibukukan oleh Paul dan telah mengalami beberapa perubahan/pencemaran pada kandungannya.

WA

************************
thtl
Founder

Wassalamualakum

al-Jawab:

1. Takrifan Ahlil kitab

Ahlil Kitab adalah istilah AQ. Takrifannya ialah kaum yang beragama berdasarkan salah satu kitab Samawi dan beriman dengan salah seorang di antara para Nabi-nabi AS. yang dimaksukan secara terperinci ialah golongan Yahudi yang beriman dgn Musa AS (Moses) dan menerima kitab Taurah (Torah) dan golongan Kristian yan menerima kitab Injil (Bible) dan beriman dengan Isa AS (Jesus). (Prof Dr Nasih Ulwan, Hurriyatul I'tiqod fii syari'atial Islamiah, Cairo: darusSalam, 1985)

Kata al-Qardhawi, istilah 'ahlil kitab' bukanlah brmaksud keimanan, tapi indikasi mereka adalah umat yang menganut agama samawi (semitic religion) dan mereka memiliki keistimewaan dalam syari'at Islam berbanding umat yang lain. ( al-Qardhawi, Mauqiful Islam al-'Aqdi min kufril Yahudi wan nasaara, cairo: maktabah wahbah, 2000)

Maka bila disebut ahlil kitab, ada di kalangan mereka yang mukmin dan di kalangan mereka yg kufur. Tapi ahlil kitab merangkumi keseluruhan mereka. Dalilnya:
AQT 3. 70. "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya)."

2. Ahlil kitab yang ori memang ada di zaman RasuluLlah saw, cthnya waraqah. Maksud ahlil kitab yang ori ialah:

3. 113. Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang)

3. 199. Dan sesungguhnya diantara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit.

Itulah maksudh ahlil kitab yang ori, yakni mereka sentiasa menunggu-nunggu ketibaan Nabi akhir zaman walaupun mereka membaca kitab Injil dan Torah yang sudah diselewengkan, tapi dasar2 keimanan mereka masih murni.

Kesimpulan al-Qardhawi ialah, ahlil kitab ni istilah itu masih berdiri dan hukum2 hakam seputar ahlil kitab masih belum dimansuhkan. sekian WA

0 comments:

Post a Comment