Jan 21, 2009

Statistik Hadis Bermasalah Ihya Ulumiddin

Saya ingin mencari statistik berapakah jumlah hadith2 palsu dan lemah dalam kitab Ihyaa karya Imam Ghazali. Ada kah syarah kepada kitab tersebut.? Sementara ana mencari, kepada sesiapa yang tahu, boleh tolong bagi list ringkas jumlah hadith berkenaan.

jazakallah.

**********
Abu_Umair

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Quote:
Saya ingin mencari statistik berapakah jumlah hadith2 palsu dan lemah dalam kitab Ihyaa karya Imam Ghazali.

setakat ini, kami belum menemui statistik jumlah tersebut dengan tepat. cuma dicadangkan untuk dibaca kitab karya al-Hafiz al-Iraqi yg bertajuk 'Al-Mughni 'An Hamli al-Asfar fi al-Asfar'. di dalamnya beliau mentakhrijkan hadis2 yg terdapat dalam kitab Ihya'.

jika dilihat secara kasar, didapati kebanyakan hadis2 di dalamnya dihukum sebagai:

-dhaif
-maudhuk
-tiada asal baginya

selain itu al-Subkiy dalam Tabaqat al-Syafieyyah al-Kubra, ketika menyebut biografi Imam Ghazali, membuat satu fasal menyebut hadis-hadis yg terdapat dalam kitab Ihya' yang beliau (Subkiy) tidak menjumpai sanadnya. hadis2 yg dikumpulkan itu bilangannya lebih kurang 943 hadis yang beliau tidak menjumpai sanadnya.

Quote:
Ada kah syarah kepada kitab tersebut

Kitab Ihya' Ulumiddin ada syarhnya, yg paling masyhur: Ithahul Saadatil Muttaqeen, karya al-Zabediy seorang ulama Yaman.

0 comments:

Post a Comment