Feb 5, 2009

Surah Al Baqarah Ayat 183 Menjana Taqwa

Soalan:

saya harap dpt menerima ulasan2 ulama2 dan pandangan kawan2 yg berauthoriti dalam menafsirkan ayat 183 surah baqarah.

saya mendgr dalam sebuah ceramah lebih kurang 2 tahun lepas bahawa kita boleh menjana taqwa melalui puasa ramadhan sebulan penuh.

tertarik dgn tawaran yg nampak agak straight forward itu , saya berazam dan berusaha sebaik mungkin utk mendptkan taqwa dgn concentrate puasa ramadhan.

saya juga melakukan dgn baik puasa dgn mengikut sunnah sedaya upaya saya.

tapi selepas beberapa hari selepas ramadhan , saya tidak dpt mengekalkan tahap iman saya yg saya rasakan dlm bulan ramadhan.

dan sy simpulkan bahawa saya belum menerima taqwa hasil penilaian diri saya.

saya ingin tahu , bahawa saya berada di atas jalan yg benar atau tidak ??

adakah ayat itu sepatutnya ditafsir kan begitu ??

adakah approach saya ini betul ?? apakah yg perlu saya tambah dan ubah utk menerima taqwa melalui puasa dan ibadah lain dlm ramadhan ??

thanx in advance

****************
Jawapan:

thtl
Founder

al-Jawab:

Puasa ramadhan sebulan penuh dikatakan sebagai latihan intensif istimewa atau madrasah mutamayizah (special course). Dalam apa jua latihan intensif, dia ada pre, semasa dan pasca (sebelum, semasa dan selepas) latihan.

Kajian yg sama juga dilakukan oleh jabatan HRD (human resourse development) baik sektor kerajaan atau swasta utk menganalisa sesuatu pakej latihan kepada kakitangan. Pegawai HRD selalunya akan membuat analisa terperinci kepada kakitangan yg dinamakan training need analysis,utk melihat gap dan kekurangan skill seseorang pekerja. Kemudian menyediakan latihan yg kena dgn keperluan si fulan. kemudian setelah balik dari latihan, pekerja itu akan dimonitor akan prestasinya.

Begitu juga latihan intesif 30 hari Ramadhan. ia juga tertakluk pada pra-Ramadhan, semasa latihan dan pasca (kesan selepas latihan)...
Maka bila berakhirnya Ramadhan, memang suatu yg biasa, kesan latihan Ramadhan itu akan terus merosot sejak sambutan Raya lagi. Ini kerana bi-ah atau persekitaran di negara kita tidak mampu nak sustain (kekalkan) kesan atau impak taqwa yg diperolehi dalam bulan Ramadhan.

Kita lihat pre-Ramadhan di Malaysia. Ia amat lesu dan kelihatan suasana dan media massa langsung tidak memberi perhatian kepada Ramadhan berbanding dgn filem blockbuster Hollywood yg akan datang. Tapi di negara arab, billboard, TV, kain rentang penuh meriah menunggu Ramadhan.

Suasana Ramadhan pulak ialah seperti Pesta Makanan Malaysia, di mana hotel2 berlumba2 menawarkan menu sampai 200 jenis dgn hanya RM88.00!!!

kemudian suasana Raya, filem Raya, rancangan khas Raya oleh artis-artis...

Jadi pakej Ramadhan macam ni sama sekali tidak ada impak kepada orang awam. Sebab tu ayat menyebut 'la'allakum' (agar, mudah-mudahan,) maksudnya taqwa tu hanya boleh dijana jika madrasah Ramadhan itu kena dgn pelaksanannya (pre, semasa dan pasca). WA
_________________
*Lajnah Fiqh & Penyelidikan Ilmiah AFN*

1 comments:

Abang Shah said...

Assalamualikum.. Saya amat tertarik dengan niat saudara dan penerangan Al Ustaz bekenaan takwa. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang kita sebagai umatnya tidak tahu. Berdoalah selalu agar Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk mengerjakan SuruhaNya dan meninggalkan LaranganNay. InsyaAllah.

Post a Comment