zerothelement
Assalamualaikum
Maaf sekiranya topik ini pernah dibincangkan. Sudah cari tapi tak jumpa. Jika pernah saya sedia ditegur. Saya ingin ajukan 2 persoalan pada panel:-
1. Saya menyimpan Al-Quran di dalam almari pakaian di kompartmen paling atas. tetapi di atas (bumbung) almari saya letakkan barang2 lain seperti beg raket. Adakah salah tindakan saya?apa hukumnya?
2. Sekiranya saya membaca Al-Quran tanpa menggunakan papan rehal dan meletakkannya di atas lantai separas kaki saya bersila.adakah salah tindakan saya?apa hukumnya?
Jutaan terima kasih didahulukan.
_________________________________
thtl
wsm,
1. AQ MESTI paling atas tu tak ada dalilnya. Yang dimaksudkan ialah ia tersimpan dgn baik, selamat dari langkahan manusia dan di muliakan akan musyhaf tsb...maka dalam almari tu dah kira memuliakan AQ. Kalau atas almari, ia mudah terkena habuk
2. atas lantai itulah maksud tidak memuliakan musyhaf. Maka hendaklah dilapik dengan sesuatu yg tinggi, spt bantal. Takkanlah bantal pun tak ada...lagi satu kalau AQ di atas lantai, posture anda tidak bagus kerana anda akan tunduk atau membongkok utk membacanya. Jika anda membaca di atas rahal, maka posture anda adalah lebih baik utk kebaikan tulang anda, lenguh dan stress pun kurang...
Jan 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
assalamualaikum..
saya nak tanya satu perkara sahaja...
saya dalam tempoh haid atau dalam berhadas besar.majikan saya memaksa saya pergi dengar bacaan yaasin..apakah dalil dan hukum bagi keadaan sedemikian?
w'salam,
Tak ada masalah dengar bacaan quran dalam haid, sedangkan dalil boleh baca quran dalam haid adalah kukuh. Sila lihat video penjelasan wanita dalam haid boleh masuk masjid dalam sidebar blog ni:
Rujuk:
http://hafizfirdaus.com/content/view/109/56/.
Assalamualaikum..mcm mne plak kalau mengaji meletakkan alquran di celahan kita duduk bersila? Boleh ke?
Kalau saya simpan di dalam bag sandang boleh ke
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,bolehkah menyimpan AQ dalam kotak yg dibuat khas UTK menjadikan tmpat simpan AQ, sedangkan kotak tersebut saya hanya letak d lantai...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,bolehkah menyimpan AQ dalam kotak yg dibuat khas UTK menjadikan tmpat simpan AQ, sedangkan kotak tersebut saya hanya letak d lantai...
Salam.
Saya ada sebuah almari khusus untuk simpan mushaf2 Alquran.
Tetapi di atas almari itu saya letak hiasan bunga artificial.
Adakah dibolehkan dari segi menjaga dan adab dengan Alquran.
Apakah hukumnya?
Post a Comment