Dec 15, 2008

Mati pada hari Jumaat

Assalamualaikum,

apa benar jika seorang muslim itu mati pada hari Jumaat, maka dia terselamat dari azab kubur?

pada pencarian saya cuma berjumpa mati pada hari jumaat, maka dia terselamat dari fitnah kubur sahaja.

mohon pencerahan dari para ilmuan al-ahkam.

********************
alitantawi

wa'alaikumussalaam..

1- Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh Ahmad dalam al-Musnad, al-Tirmidzi dalam al-Jami' dan lain-lain lagi yang menyebut bahawa 'sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malam jumaat, Allah SWT akan memeliharanya daripada fitnah kubur'. Setakat pencarian saya, inilah hadith yang menjadi hujah tentang perkara ini.

2- Maksud 'fitnah kubur' dalam hadith itu adalah azab kubur berdasarkan penggunaan perkataan fitnah yang membawa maksud ujian dan juga kesusahan serta lain2 lagi.

3- Hadith tersebut tidak diriwayatkan dalam buku-buku utama seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

4- Ketika mana al-Tirmidzi menyebut hadith itu, beliau telah mendhaifkannya. Imam Ahmad pula menyebutkan hadith itu sekadar untuk direkodkan berdasarkan metod penulisan.

5- Ulama-ulama hadith didapati sepakat menilainya sebagai dhaif dan tidak ada yang menilainya sebagai sahih kecuali sebahagian ulama moden seperti al-Albani dan lain-lain lagi.

6- Di antara ulama terkemudian yang menilai hadith ini sebagai dhaif ialah Ibn Hajar al-'Asqalani, Ibn Abd. Hadi, al-Zaila'i dan juga ulama hadith moden iaitu Ahmad Syakir dan Syu'aib al-Arnaout.

wallahu a'lam

5 comments:

"Zazha Say" said...

setuju dhaif neh

umm nurmunirah said...

Bismillah.Hari apa pun kita mati tak penting, yg penting kita mati dalam iman, tidak membawa dosa syirik.

farhana said...

eh2 ade plak ulama kat cni yg setuju dhaif..huhu..kt xley nilai lao kt xde ilmu..ingat,wlpn dhaif,ttp tdk brmkna ianya salah..krna pd zmn para sahabat dahulu bukan senang2 dorng ambil hadith2 neh..org2 yg memberi hadith neh dikaji backgroundnya brtahun2..jika benar akhlak seseorg tu,br hadith tu ditimbang tara kan :) hadith2 dhaif neh selalunya dtg dpd org2 biasa n bkn para sahabat n yg berada dkt dgn rasulullah s.a.w..tu jew..

Anonymous said...

adik farhana...matanglah dlm berhujah&berdiskusi.penulis di atas bkn mengatakan dirinya ulama.cuma menyimpul pandangan dari para ulama.hadith dhaif tidak boleh dijadikan sandaran utk berhujah dan melaksanakan hukum.itu saja.terserah kpd yg masih nk beramal dgn hadith dhaif.bkn satu larangan.

Admin said...

farhana,

al turmidzi yang merekod hadis itu sendiri mengatakan hadis ini dhoif...

hadis ini tidak terdapat dalam sahih bukhari atau sahih muslim...

hadis-hadis ditapis daripada siapa individu yang meriwayatkannya, diselidik dengan ketat oleh para ulamak hadis samada perawi boleh dipercayai atau tidak.

Post a Comment