Mar 17, 2012

Nada Dering (Ring Tone) Bacaan AlQuran

Postby puteri83 »


Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran??


--------------------------------------
Jawapan:

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut : “Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

  • Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
  • Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
  • Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
  • Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.

Sekian, wassalam.

Bacaan lanjutan :

فتوى بعدم جواز استخدام القرآن أو الأذان كرنات للهاتف الجوال تثير جدلا بين العلماء
http://www.aawsat.com/details.asp?section=17&article=557385&issueno=11403.

مجمع البحوث الإسلامية يقرر منع استخدام آيات القرآن الكريم كنغمة للمحمول
http://www.alanba.com.kw/AbsoluteNMNEW/templates/Aworld.aspx?articleid=81496&zoneid=194&m=0.

5 comments:

Anonymous said...

Good day I am so delighted I found your blog page, I really
found you by mistake, while I was browsing on Digg for something else, Anyways I am
here now and would just like to say thanks for a marvelous post
and a all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read
through it all at the minute but I have book-marked it
and also added in your RSS feeds, so when I have time
I will be back to read much more, Please do keep up the superb jo.
Also visit my website Sandpoint waterfront home for sale

Anonymous said...

bagaimana dgn lagu nasyid atau asmaul husna?

Anonymous said...

Assalamualaikum..Alhamdulillah...Begitulah ketetapan ulama yang muktabar,begitulah ketetapan al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaulahhualaihiwasallam,,mudah-mudahan difahami oleh kebanyakan ummah dan dipatuhi..Jazakumullah..tq.

Anonymous said...

色女视频裸聊 , 刺激的一对一视频聊天 , 免费一对一视频聊天 , 美女直播网 , 裸聊免费聊天室官方 , 激情luoliao , 激情YY聊天室 , 女孩一对一视频聊天 , 真人在线裸聊网 , 裸聊直播间在线qq激情

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT

Post a Comment