Dec 18, 2008

Siapakah Luqman Al-Hakim

salamSaya ingin bertanya dlm alquran ada disebut tentang Luqmanul hakim.Apakah kedudukannya disisi Allah?adakah kedudukannya sama seperti 7 ashabul kahfi?ataupun dia adalah seorang nabi allah? :confused: Wassalam

Wa'alaikumussalam.

Terima kasih kepada sdr Petapa yang cuba mengingatkan kita mengenai kisah mashur yang disebut dialam Al-Quran iaitu mengenai Luqman Al-Hakim. Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijjaksanaannya. Persoalannya ialah, Apakah beliau seorang Nabi atau Wali ?? Hikmah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Luqman boleh kita lihat dari surah Al-Luqman, ayat 12:

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. "

-----------
Alhamdulillah, disini kami cuba bawa fatwa yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr:

"Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: "DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)".

Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.

Terdapat beberapa perselisihan mengenai keturunan beliau, dan ia tidak mempunyai nas yang kuat. Sebagai contoh dari riwayat Mohammad bin Ishaq : Dia adalah Luqman bin Baouraa' bin Nahor bin Tarikh (Azar), anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Berkata Al-Sohailli : Beliau adalah Luqman bin 'Anqa' bin Saron, dimana beliau mempunyai keturunan dari Nabi-Nabi. Berkata Al-Zamakhshari : Beliau adalah Luqman bin Baouraa' , sepupu kepada Nabi Ayub, telah hidup selama 1,000 tahun sehingga ke zaman nabi Daud dimana beliau menerima ilmunya. Berkata Al-Waaqadyu : Beliau merupakan seorang hakim Bani Israel, dan berkata Sa'id bin Al-Mosaib : Luqman adalah kaum hitam dari keturunan Sudan Mesir.

Begitu juga terdapat perbezaan dari segi kemahirannya. Ada yang mengatakan Luqman sebagai Tukang Jahit, dan yang mengatakan Pencari Kayu, dan yang mengatakan beliau sebagai Gembala dan ada juga yang mengatakan beliau sebagai Tukang kayu. Dikatakan beliau seorang hitam, dua tapak kakinya ketak-ketak. Mempunyai bibir yang tebal dan kesemua cerita-cerita tidak mempunyai bukti atau dalil yang kuat. Apa yang penting ialah kita ingin tahu apakah beliau seorang Nabi, Wali atau Lelaki yang Soleh!{القلْب، لكن المهم أن نَعرف هل كان نبيًّا أو وليًّا، أي رجلاً صالحًا؟}.

Yang dipersetujui keatasnya ialah beliau dikurniakan Allah HIKMAH. Wasiat dan keputusan beliau direkodkan didalam Al-Quran, dan majoriti ulama' mengatakan bahawa beliau adalah WALI dan bukannya NABI [color="#0000ff" size="3"]{وجمهور العلماء على أنه كان وليًّا ولم يكن نبيًّا}, kecuali Ikrimah mempercayai bahawa beliau seorang Nabi. Kerana sesungguhya telah diberi Allah swt kepadanya. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurthubi didalam menafsir surah Luqman, bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yang bijak dengan Hikmah Allah swt {لأنها هي الحكمة التي آتاها الله إياه، }.

{ومهما يكن من شيء فلا يَضرنا الجهل بذلك، والمهم هو الاقتداء بسيرته والأخذ بحكمته. }

"Apa-apa yang sebenar berlaku (sejarah beliau) yang kita kemungkinan jahil(kurang pengetahuan) mengenainya tidak memberi kemudaratan keatas kita, dan apa yang mustahak ialah mengikuti sejarahnya (sirah) dan mengambil hikmahnya"

---------------
Kesimpulannya ialah Jumhur Ulama mengatakan beliau seorang Wali yang dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan yang disebut sebagai hikmah. Apa yang penting ialah pengajaran yang beliau bawa yang menjadi pelajaran kepada manusia sejagat. Dengan kurniaan Hikmah dari Allah swt disitu beliau mendapat gelaran Luqman Al-Hakim. Dibawah ini dapat saya kutip beberapa wasiat (dari laman web - http://members.tripod.com/~matlias/luqman/wasiat.html ):

Beberapa wasiat Luqman dari surah Luqman:

1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. - (Luqman:13)
2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. - (Luqman:14)
3. Jangan ikut seruan syirik.- (Luqman:15)
4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. -(Luqman:15)
5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. - (Luqman:16)
6. Dirikanlah Solat. - (Luqman:17)
7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. - (Luqman:17)
8. Jangan suka menyombongkan diri. - (Luqman:18)
9. Sederhana dalam perjalanan. - (Luqman:19)
10. Rendahkanlah suaramu. - (Luqman:19)

wallahu'alam

-wassalam-

0 comments:

Post a Comment