Dec 18, 2008

Tidak Mahu Beramal Dengan Hadis Dhaif

Salam

Berdasarkan kepada jawapan ustaz didalam soal jawab SJ-2479: Penggunaan Hadis-Hadis Lemah Bah. 1, kita dapati terdapat beberapa syarat jika mahu mengamalkan hadis dhaif. Soalan saya, adakah salah / apakah hukumnya jika kita mengambil pendirian tidak mahu mengamalkan hadis dhaif?

Wassalam
Jawab:
Pendirian anda itu (tidak mahu menggunakan hadis dha'ef secara mutlak) adalah pendapat dan wawasan Imam Bukhari dan Muslim.

Adapun keharusan menggunakan hadis dha'ef secara mutlak ialah Imam Ahmad dan Imam Daud azZahiri. Alasannya hadis dha'ef lebih utama daripada pendapat manusia.

Keharusan bersyarat (dalam urusan fadhail amal) itu pendirian Imam Nawawi, Imam Syuyuti dgn beberapa pra-syarat dan Imam-imam Tablighi menggunakannya dgn meluas tanpa syarat Nawawi dan Syuyuti. WA

0 comments:

Post a Comment